Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Selain Neelofa dan Ziana Zain, Umie Aida juga sudah berhijab sepenuhnya. Alhamdulillah, makin bertambah sayanglah peminat-peminat ye!

Memang tidak disangka jugalah ramai artis tempatan yang mula berhijab tahun ini secara tiba-tiba. Dan Umie Aida sebenarnya adalah antara yang tidak menunjukkan sebarang petanda. Tapi bagus juga kalau begitu daripada sesetengahnya yang kecoh-kecoh berniat mahu berhijab tetapi masih tidak berhijab hingga sekarang.

TUDUNG_ONLINE_UMMIAIDABERHIJAB_01 TUDUNG_ONLINE_UMMIAIDABERHIJAB_02

Disamping itu, mungkin disebabkan sudah berhijab dan hati sudah mula sejuk dan lembut, hubungannya dengan suami dikatakan sudah beransur pulih. Sebelumi inikan mereka seperti tidak berlaga angin. Tapi baru-baru ini mereka dilihat menghadiri pengebumian arwah Dato Sharifah Aini bersama dan juga sudah ada gambar bersama di laman Instagram Ummi Aida.

Sebelum dia bertudung, memang tiada langsung gambar bersama suami.

Tahniah kami ucapkan kepada Ummi Aida kerana menerima hidayah pada bulan Ramadhan, sama seperti Ziana Zain dan Neelofa.

 
Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Bagi memastikan keselesaan dan kecantikan, wanita disaran mencuba terlebih dulu tudung yang dibeli kerana tidak semestinya tudung yang dilihat tergantung cantik itu bersesuaian dengan bentuk muka anda.

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur dikategorikan bertuah kerana boleh memakai apa juga jenis dan gaya tudung.

tudung_online_ikutmuka_01 

Pemilik bentuk wajah ini yang gemar memakai selendang boleh menggunakan sebarang jenis selendang tanpa perlu bimbang dengan kesesuaian sama ada selendang itu daripada fabrik sifon, kapas mahupun rekaan Syria.

Bagi wanita yang memiliki bentuk muka berpetak pula disarankan untuk menyembunyikan tulang rahang anda di sebalik tudung.

Elakkan gaya ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Apa juga pilihan, pilihlah gaya yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang.

Bagi mereka yang mempunyai bentuk muka panjang, disarankan penggunaan anak tudung Syria bersama selendang kerana ia dapat ­membantu menutup sedikit bahagian kening yang ­tinggi. ­Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Pemilik bentuk muka bulat juga tidak perlu bimbang kerana bentuk wajah anda juga boleh kelihatan cantik dengan pemilihan tudung yang betul dan sesuai.

Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala ­tidak kelihatan bertambah. Begitu juga selendang, ­pilih daripada fabrik nipis supaya ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.

Apa juga bentuk wajah, anda disarankan mencuba terlebih dulu dan tidak taasub dengan lambakan pelbagai jenis tudung yang terdapat di pasaran kerana tidak semua tudung itu bersesuaian dengan bentuk wajah anda.

Selain itu, untuk penampilan yang lebih cantik pada pagi raya, padankan tudung anda dengan warna baju yang dipakai. Seeloknya, warna tudung dan baju tidaklah perlu terlalu sama kerana ia seperti tidak menampakkan seri pada penampilan anda.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Pilihtudungikutbentukwajah/Article

Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Kadang-kadang cara peniaga mahu menarik pelanggan agak melampau.

tudung_online_fareedatidakikutsunnah_01

Tidak dinafikan menggunakan laman sosial terutama blog, Facebook dan Instagram agak bagus untuk perniagaan kerana ia lebih murah namun  masih mampu mencapai golongan sasaran pembeli dengan berkesan.

Disebabkan itu peniaga online tumbuh seperti cendawan.

Nampaknyan, perniagaan tudung  semakin rancak dan amat baik kerana ia melambangkan peningkatan Muslimah yang menutup aurat di Malaysia walaupun ada juga isu sesetengah tudung kelihatan tidak mengikut syariat – inilah yang dijadikan modal seorang peniaga tudung online untuk menyelar tudung jenama terkenal, Fareeda.

tudung_online_fareedatidakikutsunnah_02

Lagi pun setahu kami, tudung Fareeda ada juga yang dijual labuh hingga menutup dada manakala pengguna tudung bawal pula ada yang menggayakan tudung besar ini dalam keadaan singkat hingga tidak menutup aurat seperti sepatutnya.

Tidak elok sebenarnya memburukkan perniagaan orang lain. Terpulanglah kepada pembeli untuk menilai sendiri kan?

Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Seperti yang anda tahu, penyanyi dan pelakon senior, Ziana Zain yang terkenal dengan suara lantang dan keningnya, kini telah pun dengan rasminya bertudung litup. Manis dan berseri-seri sungguh wajahnya.

Ramai peminat teruja dan memuji perubahan mendadak beliau selepas sebelum ini pernah dikritik dan dikecam orang ramai di laman sosial kerana memakai tudung hanya untuk menghormati bulan Ramadhan. Pastinya, teguran anak lelakinya, Muhammad Aiman, 14, beberapa bulan lalu menjadi antara punca utama aktres itu terbuka hati untuk berhijrah.

tudung_online_zianazainberhijab_01 tudung_online_zianazainberhijab_02 tudung_online_zianazainberhijab_03 tudung_online_zianazainberhijab_04

Tahniah buat Ziana Zain. Perkara yang paling menarik mengenai penghijrahan beliau ialah pemilihan rekaan fesyen tudung yang memenuhi tuntutan Islam. Ziana memilih tudung yang labuh berbanding sesetengah artis yang lebih selesa bertudung tapi masih berpakaian ketat dan tudung tidak menutup sesetengah bahagian.

 

 

Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Seorang model tudung fan juga pakaian dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar malam tadi ketika umat Islam sedang gigih melakukan solat tarawih dan amal ibadat.

Gadis berusia 24 tahun itu yang dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.

tudung_online_modeltudungkhalwat_01

Pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud menyatakan pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Sumber : http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/07/model-tudung-terkenal-dicekup-berasmara.html

Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Anda malas atau tiada masa untuk gosok tudung anda? Mahu cari tudung labuh dan mengikut syariat?

Anda perlu singgah ke Alya Sarah Kuala Terengganu. Sebab apa? Sebab tudungnya labuh dan banyak corak dan warna yang menarik.

TUDUNG_ONLINE_ALYASARAH_01

Tambahan boleh dilipat-lipat dan tidak perlu susah-susah gosok kalau terbangun lambat  mahu ke tempat kerja atau melakukan urusan. Tentu rasa tidak seronok kalau terpaksa memakai tudung yang kelihatan tidak digosok.

Kenapa tidak seronok? Kerana pakai sesuatu yang tidak digosok akan membuatkan anda kelihatan selekeh dan tidak bersedia. Bukan tudung saja, baju ke, seluar ke, semua yang kita pakai.

Tambahan kalau imej Muslimah yang harus kelihatan terurus sentiasa, tudung yang tidak perlu digosok memang sesuatu yang semua Muslimah perlukan.

Rasanya di Shah Alam juga ada cawangan baru. Jom singgah ramai-ramai!

Link : https://www.facebook.com/pages/BUTIK-TUDUNG-ALYA-SARAH/363953675277

 

 

 

Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Apa khabar, para Hijabista? Anda semua pening kepala mencari tudung atau hijab yang sesuai untuk dipadankan dengan baju Raya sempena sambutan Aidilfitri? Jangan risau!

Disini kami meletakkan beberapa link untuk ada ‘cuci-mata’ dan ‘window shopping’ melihat produk-produk terbaru dari beberapa perniagaan online.

Bokitta Hijab - SINI

TUDUNG_ONLINE_HIJABTUDUNGRAYA2014_01

TUDUNG_ONLINE_HIJABTUDUNGRAYA2014_02

Tudung Fareeda - SINI

TUDUNG_ONLINE_HIJABTUDUNGRAYA2014_03

Screen Shot 2014-06-18 at 11.06.44 AM

Screen Shot 2014-06-18 at 11.07.33 AM

Tudung Bawal Aidijuma - SINI

1795389_253900304809958_8850205202102686363_o

10383746_253900424809946_1910599491740439318_o

Pearl Haya - SINI

10382217_648212661921177_470113977355363037_o

10457683_648212508587859_2747311489517404851_o

Tudung Padusi - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 11.32.55 AM

Screen Shot 2014-06-18 at 11.30.51 AM

Screen Shot 2014-06-18 at 11.29.51 AM

Tudung Hajra - SINI

10369201_689223691113279_7171104179035830159_n

10390153_689437881091860_6197915054810451053_n

Sugarscarf - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 11.39.20 AM

Screen Shot 2014-06-18 at 11.39.14 AM

Screen Shot 2014-06-18 at 11.39.38 AM

Tudung Ariani - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 11.48.58 AM

Screen Shot 2014-06-18 at 11.50.29 AM

Screen Shot 2014-06-18 at 11.50.39 AM

Tudungruffle - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 11.55.41 AM

Screen Shot 2014-06-18 at 11.55.56 AM

Tudung Nur Kasih - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 12.03.15 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 12.03.11 PM

Selendang Allya Mysara - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 12.11.39 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 12.12.46 PM

Tudung People - SINI

10366313_640241069383638_2224630281655678681_n

10379021_640235199384225_281819548613665388_n

Selendang Studio - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 1.37.12 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 1.37.04 PM

Hijab by NFH - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 1.40.52 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 1.41.13 PM

D’jariz Collection - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 2.00.10 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 2.00.35 PM

TDL - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 3.04.03 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 3.04.07 PM

Tudung Aalia - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 4.00.16 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 4.00.22 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 4.00.12 PM

Hijab Aeeda Laila - SINI

10475223_626989810718561_2492361985202871255_n

Screen Shot 2014-06-18 at 4.14.43 PM

Butik Tudung Alya Sarah - SINI

10469684_10152875529860278_2325076680829238553_n

10363980_10152866869290278_3234348328205937141_n

Butik Qaireen Collection - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 5.14.42 PM

Screen Shot 2014-06-18 at 5.14.21 PM

Colourful Collections - SINI

Screen Shot 2014-06-18 at 5.18.33 PM

AmeeraZaini Hijab - SINI

10325671_243854925811620_4368735258007919598_n

10363948_243854579144988_4627181971779252716_n

Shawl by snow - SINI

Screen Shot 2014-06-19 at 12.48.01 PM

Screen Shot 2014-06-19 at 12.48.16 PM

Chenta Qaseh - SINI

Screen Shot 2014-06-24 at 9.35.40 AM

Screen Shot 2014-06-24 at 9.35.20 AM

Radiusite - SINI

10373000_10152268435608458_7951235204291055125_o

10497834_10152269713708458_8413969149186879212_o

Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Kalau kita sedang dihidangkan kisah tentang artis-artis Malaysia yang mula bertudung, di Indonesia pula ada yang membuka tudung.

Marshanda pelakon dan penyanyi Indonesia telah mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.

tudung_online_marshandaberhijab_01 tudung_online_marshandaberhijab_02

Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penampilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai.

Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
“Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.
“Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain,” katanya.
Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung.
“Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu.”
Sampai begitu sekali? Terpulanglah, semua keputusan ditangan masing-masing.
Written by A.Affandi | July 27th, 2014

Kadang-kadang kelakar jugalah bila fikirkan tahap orang memerli boleh dianggap sebagai perkara sebenar. Baru-baru ini, kisah tentang tudung Fareeda meminta para pengunjung menunjukkan slip gaji tiga bulan itu adalah satu kata-kata dan dakwaan ‘sarcastic’ yang sepatutnya tidak perlu diperbesarkan.

Mungkin sengaja mahu dijadikan kontroversi tentang topik ini, kita boleh lihat topik ini merata ditulis. Walaupun ianya mengarut dan tidak masuk akal, Fizo Omar sebagai suami pemilik Fareeda, Mawar, terpaksa menjawab persoalan tentang isu ini, “Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?”

tudung_online_fareedaslipgaji_01 tudung_online_fareedaslipgaji_02

“Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat.”

“Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan.”

Hmmm, kelakar pula bila difikirkan. Bukan apa, perkara ini dibangkitkan kerana ada sesetengah mengatakan Fareeda dikategorikan dalam syarikat bersama pekerja yang sombong dan harga berangan mereka terlalu mahal. Sebab itu kenyataan perli tentang tunjuk slip gaji ini keluar. Itu pun payah mahu di fikirkan secara logik?

Written by fadhlinismail | July 5th, 2014

Anda berwajah comel-comel? susah nak cari tudung yang sesuai? itulah masalah biasa dihadapi oleh mereka yang comel-comel ini. So, kali ini Tudung Online cuba mencari jalan penyelesaian untuk anda.

tudung_online_tips_2

1. Memakai inner

Apabila memilih untuk mengenakan tudung syria, anda perlu sangat berhati-hati kerana reka bentuk innernya tidak sama antara satu sama lain. Ada yang direka terlalu kecil untuk wajah yang kecil dan ada yang besar; dan terletak elok. Pemilihan yang betul akan membuatkan wajah anda boleh disorok jika tidak, inner akan menekan pipi anda dan tertonjol jika tekanan itu terlalu kuat.

Bagi yang berwajah chubby ini, pilihlah inner dari jenis yang bersilang atau jenis yang boleh diejas. Ini kerana, inner yang begitu boleh digerakkan untuk menutup bahagian-bahagian yang tiak disukai. Jika anda memilih inner ninja, pilihlah yang lebih besar sesuai dengan anda. Namun begitu, inner ninja kebanyakan boleh diejas kerana bentuknya yang agak besar dan lebar.

Cara memakainya pula, pastikan anda tidak menurunkan  inner di bahagian dahi hingga ke paras kening atau atas sedikit dari kening. Ini kerana, jika anda berbuat demikian wajah akan kelihatan lebih pendek dan bertambah bulat. Manakala bahagian bawah wajah pula, anda dilarang mempamerkan bahagia dagu terlalu banyak. Tutup sedikit bahagian dagu dan hujung rahang agar wajah kelihatan lebih tirus dan menarik.

tudung_online_tips_1

2. Material tudung

Untuk wajah chubby, elakkan memakai hijab yang terlalu lembut atau nipis. Jika anda berbuat begitu, hijab yang lembut akan meninjolkan pipi anda yang cuba disorok itu. Begitu juga tudung yang nipis juga boleh mempamerkan pipi yang cuba disorok itu.

Memilih corak pula, pilihlah yang kosong tanpa corak dan gelap. Ia sangat sesuai untuk melindungi wajah anda yang dianggap chubby itu.

3. Aksesori hijab

Tidak salah sekiranya anda mahu menambah hiasan aksesori pada tudung anda. Namun berhati-hati atau meminimaliskan adalah lebih baik. Bagaimanapun, elakkan memakai brooch anting-anting di kiri-kanan hijab. Jika tidak, wajah akan kelihatan agak lebar.

Jadi, bagaimana? tampil bergaya ketika menghadiri majlis berbuka puasa agar kelesuan anda berjaya ditepis dengan jayanya.

credit: http://yukb4c4.blogspot.com