Lubuk Bisnes Tudung
Written by fadhlinismail | July 5th, 2014

Anda berwajah comel-comel? susah nak cari tudung yang sesuai? itulah masalah biasa dihadapi oleh mereka yang comel-comel ini. So, kali ini Tudung Online cuba mencari jalan penyelesaian untuk anda.

tudung_online_tips_2

1. Memakai inner

Apabila memilih untuk mengenakan tudung syria, anda perlu sangat berhati-hati kerana reka bentuk innernya tidak sama antara satu sama lain. Ada yang direka terlalu kecil untuk wajah yang kecil dan ada yang besar; dan terletak elok. Pemilihan yang betul akan membuatkan wajah anda boleh disorok jika tidak, inner akan menekan pipi anda dan tertonjol jika tekanan itu terlalu kuat.

Bagi yang berwajah chubby ini, pilihlah inner dari jenis yang bersilang atau jenis yang boleh diejas. Ini kerana, inner yang begitu boleh digerakkan untuk menutup bahagian-bahagian yang tiak disukai. Jika anda memilih inner ninja, pilihlah yang lebih besar sesuai dengan anda. Namun begitu, inner ninja kebanyakan boleh diejas kerana bentuknya yang agak besar dan lebar.

Cara memakainya pula, pastikan anda tidak menurunkan  inner di bahagian dahi hingga ke paras kening atau atas sedikit dari kening. Ini kerana, jika anda berbuat demikian wajah akan kelihatan lebih pendek dan bertambah bulat. Manakala bahagian bawah wajah pula, anda dilarang mempamerkan bahagia dagu terlalu banyak. Tutup sedikit bahagian dagu dan hujung rahang agar wajah kelihatan lebih tirus dan menarik.

tudung_online_tips_1

2. Material tudung

Untuk wajah chubby, elakkan memakai hijab yang terlalu lembut atau nipis. Jika anda berbuat begitu, hijab yang lembut akan meninjolkan pipi anda yang cuba disorok itu. Begitu juga tudung yang nipis juga boleh mempamerkan pipi yang cuba disorok itu.

Memilih corak pula, pilihlah yang kosong tanpa corak dan gelap. Ia sangat sesuai untuk melindungi wajah anda yang dianggap chubby itu.

3. Aksesori hijab

Tidak salah sekiranya anda mahu menambah hiasan aksesori pada tudung anda. Namun berhati-hati atau meminimaliskan adalah lebih baik. Bagaimanapun, elakkan memakai brooch anting-anting di kiri-kanan hijab. Jika tidak, wajah akan kelihatan agak lebar.

Jadi, bagaimana? tampil bergaya ketika menghadiri majlis berbuka puasa agar kelesuan anda berjaya ditepis dengan jayanya.

credit: http://yukb4c4.blogspot.com

 
Written by fadhlinismail | July 5th, 2014

Kebanyakan gadis bertudung memilih untuk menambah beberapa aksesori agar kelihatan lebih menarik ketika mengenakan tudung. Namun begitu, ramai yang tidak arif soal penampilan over dan tidak. Yang mereka tahu, ikut trend. Padahal jika aksesori itu salah penggayaan, anda akan kelihatan seperti pokok bergerak atau mungkin badut?

Apa kata kali ini kami cuba tampilkan tips yang sesuai untuk anda gayakan ketika keluar rumah sama ada untuk aktiviti formal atau tidak supaya anda lebih yakin dan bersemangat. Apa tunggu lagi, selamat mencuba!

Brooch

Penggunaan brooch dalam pemakaian tudung memang sudah biasa. Sebelum wujud shawl, selendang dan sebagainya. Brooch juga memiki pelbagai bentuk. Untuk kemasan pada bahagian lehir, anda hanya perlu pakai brooch yang kecil saja. Manakala, brooch yang besar bolehlah diletakkan dibahagian bahu dan sekitarnya. Tapi ingat, jangan diletak di bahagain kepala pula ye. Nanti anda akan kelihatan pelik. Cukup di bahu dan sekitarnya saja. Warna pula, pilihlah warna yang agak ketara supaya ia lebih jelas kelihatan dan cantik.

Anting-anting hijab

Pasti ramai pernah Nampak kan? Adakalanya pemakaian anting-anting ini akan menampakkan anda seperti tidak selesa. Namun, tidak salah jika mahu memakainya. Pakailah bersama-sama hijab yang polos atau kosong agar tidak banyak corak bersamanya. Jika tidak, ia pasti akan memberatkan lagi mata-mata yang memandang. Harus juga diingat, jika anda memakai anting-anting ini pada tudung, orang yang berinteraksi dengan anda, susah sikit focus pada apa yang dibualkan kerana anting-anting itu sedikit mengganggu. Jangan pakai saat berinterview.

tudung_online_earring_2

google image

Headband

Kebanyakan yang memakai aksesori ini adalah remaja-remaja. Jadi, sebelum mengenakan headband pada hijab anda, pilih dahulu lokasi mana anda mahu pergi. Sama ada acara formal atau tidak. Jika acara formal, pakailah yang ringkas sahaja dan tidak berlalu banyak corak. Cukup sekadar headband yang satu garisan atau dua sahaja. Namun, jika tidak formal anda boleh pakai headband yang bercorak agar anda kelihatan lebih ceria.

tudung_online_headband_3

google image

Rantai

Pemakaian rantai selalunya digayakan ketika ke majlis-majlis formal seperti makan malam dan sebagainya. Harus diingat juga, jika anda mahu mengenakan rantai lehir hijab ini perlulah pada tudung yang polos dan kosong agar kehadiran rantai itu lebih kelihatan. Jangan pula pakai dengan hijab bercorak kerana akan memberatkan penampilan anda.

tudung_online_rantai_4

google image

Jadi, bagaimana penampilan di hari raya nanti? Tepuk dada tanya selera.. =)

Written by fadhlinismail | July 2nd, 2014

Apabila masuk bulan puasa pastinya kulit kelihatan agak kusam dan kering kerana kekurangan air. Di tambah pula keadaan anda yang letih dan lesu, kulit akan kelihatan jauh lebih tua. Namun begitu, sedar atau tidak bulan Ramadhan sebenarnya memberikan kulit anda lebih sihat dan segra. Mengapa?

tudung_online_tips_2

1. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk menahan semua jenis nafsu yang ada. Termasuklah memakai solekan dan sebagainya. Ketika inilah, kulit anda terbebas dari sebarang kimia yang merbahaya. Biarkan ia berehat seketika.

2. Jangan beri alasan berpuasa untuk tidak mengambil air putih. Minumlah lapan gelas air setiap hari. empat pagi dan empat malam supaya kulit kekal lembab.

3. Pembersihan, pelembab dan toner. Jangan lupa untuk menggunakan ketiga-tiga alatan pembersih ini. Meskipun ada kimia namun ia masih selamat digunakan. Sebagai pelindung wajah. Sekaligus, anda kelihatan lebih menyakinkan.

4. Ambillah makanan berserat tinggi kerana ia kaya dengan vitamin yang membantu membaki kulit di musim ini. Sayur-sayuran segar, buah-buahan, kekacang, ikan dan pati minyak mampu membaiki kulit dengan cepat.

5. Yogurt bukan hanya membantu proses pencernaan bahkan ia juga kaya protein. Ambilkan dalam setiap waktu sahur mahupun berbuka demi mengekalkan kesihatan kulit anda.

tudung_online_tips_1

Ingat! jangan biarkan kulit anda menjadi kusam dek kerana puasa sedangkan puasa banyak memberikan faedah kepada kita. Selamat berpuasa!

Written by fadhlinismail | July 2nd, 2014

Apabila masuk bulan Ramadhan, kita disarankan untuk tidak terlalu’over’ berdandang. Risau pula kurang pahala. Namun, jika terlalu kurang bimbang pula hilang semangat. Jadi, apa caranya untuk menaikkan semangat dengan gaya yang minimalis saat meniti bulan penuh barakah ini?

Anda boleh lakukan dengan menggayakan tudung dan pakaian yang sepadan.  Elakkan bermekap agar ia tidak mendatangkan makruh pada anda. Jangan pula memakai gincu kerana ia boleh membatalkan puasa kerana ia larut dalam air liur.

1. Corak polka dot

Corak polka dot sangat digemari di negara kita. Pilihlah warna yang neutral untuk membangkitkan rasa ceria untuk diri anda dan orang-orang sekitar. Corak ini juga sesuai digayakan oleh semua jenis bentuk muka.

www.pinterest.com

www.pinterest.com

2. Corak bunga-bungaan

Corak bunga-bunga juga sesuai untuk anda agar kelihatan lebih keperempuaan. Kelebihan corak begini jadalah anda tidak perlu mengenakan sebarang aksesori tambahan cukup dengan kewujudan coraknya sahaja sudah memadai. Gayakan dengan baju yang kosong mengikut warna yang ada pada tudung anda.

3. Corak abstrak

Bagi mereka yang berjiwa seni, pemilihan corak abstrak sangat menepati jiwa. Garisan-garisan yang bersilang adakalanya boleh menterjemahkan siapa diri si pemakai. Namun, hati-hati! tudung bercorak abstrak tidak sesuai untuk mereka yang chubby. Satu lagi keburukannya, corak begini hanya sesuai untuk dipadankan dengan baju kosong sahaja. Jika tidak anda akan kelihatan comot.

google

google

4. Corak burburry

Corak begini memang sangat diminati hingga kini. Sangat sesuai dibawa ke majlis-majlis keraian. Lebih kasual dan kemas.

tudung_online_tips_3

google

Jom ubah penampilan anda hari ini!

Terima kasih http://www.vemale.com

Written by A.Affandi | July 1st, 2014

Fesyen hijabista

Merancakkan tradisi dan persediaan menyambut Hari Lebaran, Farah Fauzana Mohd. Fadzil yang mudahnya digelar Fafau itu turut menjadi fokus fesyen.

Fesyen Muslimah, moden atau tradisi yang menjadi pilihan setiap kali tibanya Aidilfitri membuka lebih banyak peluang kepada pereka fesyen tempatan untuk memperkenalkan koleksi terbaharu mereka.


tudung_online_farafauzanamakcik_01







Menyelak buku baharu, Fara yang selama ini sering menggayakan rekaan para pereka fesyen turut dipilih menjadi wajah jenama atau dikenali sebagai muse untuk koleksi Aidilfitri FF by Maganda daripada Syed Faizal Syed Noh.

“Alhamdulillah peluang sebegitu memihak kepada saya.

“Syed Faizal memberi peluang agar saya berkongsi koleksi pakaian yang saya gayakan dalam Nona untuk diperagakan kepada penggemar fesyen khususnya wanita,” jelas Fara yang turut mendapat khidmat nasihat daripada Syed Faizal dalam aspek penataan gaya dan solekannya.

Mengakui bukanlah tergolong dalam kalangan selebriti yang stailo dalam pemilihan fesyen, imej berhijab yang dibawanya kini tidak semestinya melayakkan dirinya digelar hijabista.

“Hijabista atau tidak, rasanya saya masih terlalu baharu. Saya tak tahu sama ada saya layak ke tidak untuk termasuk dalam golongan hijabista.

“Bagi saya hijabista istilah untuk mereka yang sangat stailo walaupun bertudung. Saya hanya mengikut tuntutan yang sepatutnya sahaja, insya-Allah. Doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.

Tidak berani memberi sebarang komen mengenai fesyen hijabista yang semakin popular, Fara berasakan dia masih dalam fasa menyesuaikan diri.

“Saya bersyukur dan sangat gembira dengan pembawaan diri ketika ini. Contohnya, ketika bersama pasukan Nona, mereka sangat memahami dan menyokong penampilan saya.

“Setakat ini tiada siapa yang mempertikaikan kenapa saya perlu bertudung atau sebagainya.

“Saya juga mendapat bantuan daripada rakan-rakan khususnya sahabat penyampai di Hot FM, Sharifah Aleya. Katanya, dia bosan tengok cara pemakaian selendang saya.

“Sampai sekarang saya masih ikut cara ikatan selendang yang Aleya ajar kepada saya,” ujarnya ceria.

Ternyata, dia masih si Fafau yang sarat perwatakan ceria dan gila-gila walaupun sudah bertudung.

Sempena Ramadan, Fara memohon kemaafan daripada semua pendengar Hot FM, pengikutnya di laman sosial serta mereka yang mengenali Fara Fauzana.

“Maafkan saya andai ada yang terasa hati atau apa sahaja yang menyakiti kalian sebelum ini. Semoga Ramadan kita lebih diberkati dan dipermudahkan. Insya-Allah,” tutup Fara. – Sumber KOSMO – See more at: http://www.awanpetir.com/2014/06/fara-fauzana-tauke-fesyen-hijabista.html#sthash.yD9F8cpS.dpuf

Written by A.Affandi | July 1st, 2014

Dari segi Bahasa Arab, kalimah ‘hijab’ membawa makna ‘halangan’. Hijab dinamakan demikian kerana ia menghalang wajah wanita daripada dipandang orang lain.

Dari segi syarak pula, hijab ialah pakaian yang diperintahkan kepada wanita memakainya untuk menutup anggota-anggota yang wajib ditutup dari sudut syarak.

Hukum Memakai Hijab

Ulama bersepakat tentang diwajibkan memakai hijab ke atas setiap wanita muslimah yang telah mukallaf. Dalil kewajipan ini adalah seperti berikut:

1. Firman Allah Taala:

يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)

2. Firman Allah Taala:
وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها

Maksudnya: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukkan daripada pandangan mereka, menjaga kemaluan-kemaluan mereka, dan jangan mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya.” (surah Al-Nuur 31)

Manakala bagi wanita bukan Islam, mereka tidak diperintahkan menutup aurat kerana perintah tersebut hanya bagi wanita-wanita beriman. Ini kerana orang-orang bukan Islam tidak dibebankan dengan perkara-perkara furu’ dalam Islam seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Begitu juga dengan memakai hijab, mereka tidak diwajibkan mematuhinya pada hukum dunia. Namun, pihak berkuasa dalam sesebuah negeri perlu sentiasa memantau perlakuan mereka agar tidak mendedahkan aurat secara melampau atau berpakaian tidak senonoh sehingga boleh mengundang pelbagai gejala sosial kepada masyarakat.

tudung_online_nilaitudung_01

DIMANAKAH NILAI TUDUNG WANITA

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Sumber : http://cahayapurnama.com/nilai-tudung-wanita/

Written by A.Affandi | July 1st, 2014

Ada yang menganggap bahawa memakai kaca mata menyekat keinginan untuk bergaya dengan hijab. Eh, biar betul! Jangan bimbang, REMAJA punyai beberapa tip untuk dikongsikan dengan kamu si hijabi yang berkaca mata.

1)    Jika kamu individu yang memakai selendang, pastikan lilitan tudung kemas agar pemakaian kaca mata lebih selesa dipakai dan tidak nampak serabut.

Screen Shot 2014-07-02 at 6.51.17 AM

2)    Pemakaian fabrik likra sangat sesuai buat gadis berkaca mata. Ini kerana, sifatnya yang terletak kemas di kepala.

3)    Elakkan daripada memakai hijab yang terlalu ke hadapan. Selain menganggu pandangan dengan bingkai kaca mata, gaya hijab sebegini juga memberi kesan stail berat pada kamu.

4)    Jika kamu ingin memakai aksesori, pastikan kamu pilih aksesori yang sederhana untuk mengelakkan ia kelihatan sarat. Ini kerana, cermin mata kamu juga di kira sebagai salah satu aksesori diri.

Sumber - http://remaja.karangkraf.com/tip-gayakan-tudung-buat-gadis-hijabi-1.291100

Written by A.Affandi | July 1st, 2014

ADAKAH anda mahu menyesuaikan pemakaian tudung yang mudah tetapi masih tampil bergaya? Itu yang cuba dilakukan oleh Zuco Fashion, yang memberikan perhatian khusus kepada wanita yang mahu berjinak-jinak untuk memakai tudung, tetapi rasa sedikit sukar dari segi pemakaiannya.

Menurut Pengarah Zuco, Zuraidah Borhan, tudung-tudung Zuco boleh digayakan sebagai turban atau tudung hoody yang sesuai dipakai siang atau malam mengikut situasi majlis.

Katanya, adalah penting untuk memberikan sesuatu yang boleh dimiliki oleh wanita yang mahu memakai tudung, tetapi tidak mahu mengambil masa yang lama untuk memakainya tetapi kelihatan cantik dan sesuai apabila digayakan.

Tudung ini juga boleh disuaipadan dengan fesyen yang menjadi pilihan dan sedia dipakai.

Hanya dengan sedikit kreativiti anda boleh tampil hebat bergaya kerana semua tudung Zuco mempunyai dua lapisan yang boleh digunakan kedua-duanya.

Diperbuat daripada fabrik syifon dan syifon lycra dengan pelbagai warna iaitu hitam, ungu, krim, merah hati dan putih, tudung-tudung ini memberikan sentuhan yang menarik kepada si pemakainya kerana selain mudah memakainya ia juga senang disimpan.

Menurut Zuraidah, tudung-tudung ini boleh dibeli secara ansuran atau tunai dan apabila membelinya di butik Zuco yang terletak di Jalan UP1/5, Taman UKay Perdana, Ampang, Selangor.

Pihak perunding kecantikan Zuco akan menerangkan cara pemakaian dan apakah fesyen tudung yangterbaik untuk digayakan oleh si pembeli itu.

Antara fesyen-fesyen tudung Zuco adalah hood Arab, basic hood neck, turban leher, tudung flare, basic hood dan turban hood.

Semua pemakaian tudung adalah berbeza antara satu sama lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Feminin/20140619/fe_01/Tudung-mudah-pakai#ixzz36G8SiRvE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Written by A.Affandi | July 1st, 2014

EMBAU – Taktik licik seorang gadis bukan Islam berusia 22 tahun mengenakan tudung bagi mengaburi hubungan cintanya dengan pasangan Islam yang merupakan pemilik kedai makanan di Pekan Kota, dekat sini, terbongkar apabila premis berkenaan diserbu, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, sepasukan penduduk kampung, polis dan jawatankuasa masjid bertindak menyerbu sebuah bilik di bahagian belakang kedai berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai hubungan terlarang berkenaan. 


Gambar hiasan

Menurut sumber, serbuan dibuat hasil daripada aduan penduduk yang merasa kurang senang melihat seorang pemilik kedai makanan berkenaan berusia 26 tahun yang sering bertukar-tukar pasangan. 

“Jika diikutkan, kedai makan berkenaan sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan penduduk mulai curiga sejak dua tahun lalu selepas melihat pemilik kedai makanan berkenaan kerap kali bertukar perempuan. 

“Bagaimanapun tangkapan sering kali tidak berjaya dilakukan susulan terdapat ibu atau adik beradiknya dari Thailand. Namun, malam tadi (semalam) selepas mendapat info sahih serbuan dibuat jam 2.00 pagi dan terbukti pemilik berada di dalam bilik di belakang kedai bersama seorang perempuan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Sumber berkata, pasangan berkenaan mengambil masa 10 minit sebelum pintu dibuka dan mereka lengkap berpakaian. 

Bagaimanapun menurutnya, setelah diselidik perempuan berkenaan yang sering kelihatan di kedai makan berkenaan sejak lebih empat bulan lalu adalah berbangsa Cina dan mengenakan tudung bagi mengelak disyaki penduduk setempat. 

“Malah, gadis berkenaan menyatakan dia merupakan pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Melaka. Pasangan berkenaan akhirnya di bawa ke Balai Polis Kota untuk siasatan lanjut. 

Sumber berkata, dalam serbuan berkenaan, pemeriksaan turut dijalankan ke atas kakitangan kedai berkenaan di mana empat daripada pekerjanya merupakan pendatang asing tanpa izin (Pati). 

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan kes diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan lanjut – Sinar harian

Written by A.Affandi | July 1st, 2014
Hai semua!
hari ni saya nak share pasal cara pemakaian tudung untuk pengantin perempuan pulak. memandangkan cara pemakaian tudung sekarang pelik2, so saya nak share gambar2 pengantin bertudung yang saya rasa cara pemakaian dorang nampak simple, tak serabut and for sure lawa la kan.
tudung_online_carapakaitudungpengantin_01

 

tudung_online_carapakaitudungpengantin_02

 

tudung_online_carapakaitudungpengantin_03

 

tudung_online_carapakaitudungpengantin_05
cara pemakaian tudung bawal dorang ni simple je. macam pegi pasar hari2 punya style. hikhik. bezanya kalau nak nampak elegant siket letak la veil kat atas kepala biar nampak meriah va va voom siket. bagi saya yang utama untuk pengantin adalah muka. muka berseri, tudung simple pun jadi je kan.
bagi yang suka berselendang pulak, rasanya lebih elok kalau guna material chiffon. basic shiffon tu ha. boleh je beli kat kedai kain mcm biasa then jahit sendiri. boleh adjust besar mana kita nak labuh tudung tuh. tapi tudung bawal sekarang pun banyak je style chiffon crepe. so kalau nak buat bahagian depan tu lebih mudah nampak wavy (ala2 langsir gitu) siket.
tudung_online_carapakaitudungpengantin_06

 

tudung_online_carapakaitudungpengantin_07

 

tudung_online_carapakaitudungpengantin_08
good luck everyone! ;)
p/s: sumber gambar daripada instagram, facebook dan google.
 
.